BPBPPSA/MBSA-COB/03(4)-13
8HB APRIL 2013
Kepada :
Y.Bhg. Dato’ Mohd. Jaafar bin Mohd Atan
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Melalui:
Dr. Daroyah bt .Alwi
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5
Dewan Kecil JKRT, MBSA 16/2
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Dato’/Puan,
PERMOHONAN RAYUAN KETIGA PENURAPAN LALUAN TAR BERSERTA
GARISAN LETAK KERETA DAN MOTOSIKAL DI SEKELILING KAWASAN SURIA AVENUE SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan
rujukan surat kedua;BPBPPSA/MBSA/12(4)-12 bertarikh 30hb April 2012.
Pertama, kami menerima jawapan yang mendukacitakan
daripada pihak tuan yang tidak dapat meluluskan permohonan kami. Dengan
penolakan tersebut , kami badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria
Avenue sekali lagi dengan rasa rendah hati membuat rayuan kali ketiga (3)
kepada pihak Dato’ untuk mempertimbangkan rayuan dia atas . Ini adalah kerana
kerosakan laluan tar sediaada telah menyebabkan penduduk terutama pengguna motosikal
menghadapi kesukaran dan bahaya terutama pada waktu malam di tambah lagi dengan
ketiadaan lampu jalan di persekitaran Suria Avenue. Masalah akan lebih teruk
lagi sekiranya musim hujan berlaku.
Oleh itu, kami sekali lagi merayu semoga permohonan kami
dipertimbangkan sekali lagi.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
AZHAR DOLLAH
Pengerusi
BadanPengurusanBersama
“PerbadananPengurusanSuriaAvenue”
s.k.
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
PejabatDato' MenteriBesar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS, 40502 Shah Alam
Fax: 55190032
khalid@selangor.gov.my
Tuan Haji Yaakob bin Sapari
N40 - DUN Kota Anggerik
Tingkat 14
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam, Selangor
Fax: 5519 3335
yaakob@selangor.gov.my
Persatuan Penduduk Suria Avenue
Tingkat 4, Suria Avenue
Jalan Dawai 16/2
40200 Shah Alam
Selangor
Notis penduduk
Fail JMB
0 comments :
Post a Comment