KAEDAH-KAEDAH DALAMAN /
HOUSE RULE
BAGI
SURIA AVENUE















BADAN PENGURUSAN BERSAMA
PERBADANAN PENGURUSAN SURIA AVENUE
SURIA AVENUE
JALAN DAWAI 16/2
40200 SHAH ALAM SELANGOR




KANDUNGAN

Bil

PERKARA
Mukasurat

1.

Pembuka Kata

3
2.
Golden Rules of Suria Avenue
4
3.
Keselamatan
5
4.
Kebersihan
8
5.
Harta Bersama
9
6.
Harta Individu
11
7.
Kerja-kerja Penambahan dan Pengubahsuaian
13
8.
Sewaan atau Penempatan Warga Asing
15
9.
Lain-lain
18
10.
Penutup
19
















Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tuan / Puan / Cik,

SELAMAT DATANG KE KEDIAMAN DAN KEDAI SURIA AVENUE SEKSYEN 16 SHAH ALAM SELNGOR

Pertama sekali, kami Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue mengucapkan selamat datang kepada pemilik, penduduk dan peniaga di Suria Avenue.

Setelah kita bertungkus-lumus memperjuangkan kepentingan pemilik, penduduk dan peniaga di Suria Avenue, akhirnya usaha tersebut telah membuahkan hasil yang pastinya berpihak kepada kita semua apabila pihak pemaju terpaksa menyerahkan soal-soal pengurusan bangunan kepada pemilik-pemaju melalui penubuhan Perbadanan Pengurusan Bersama / Joint Management Body (JMB).

Buku ini disediakan adalah bertujuan untuk memperincikan kaedah-kaedah dalaman yang perlu dipatuhi oleh setiap pemilik, penduduk, peniaga atau penghuni bagi membolehkan kita semua melicinkan pengurusan bangunan, menjaga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk dinikmati bersama agar semua boleh hidup di Suria Avenue dengan ceria, sihat, aman dan harmoni.

House rule ini akan diperkemaskan dari masa kesemasa berkesesuaian dengan keadaan persekitaran semasa dan akan diperbincangkan dalam mesyuarat mesyuarat JMC.

Akhir sekali kami sangat mengalu-alukan kerjasama sepenuhnya dari pihak tuan / puan atau cik dalam menjayakan segala perancangan agar kehidupan yang aman, damai dan selesa di Suria Avenue mencapai matlamatnya.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,




Azhar bin Dollah
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
Perbadanan Pengurusan Suria Avenue




Yusnani binti Mohamad Yusof
Setiausaha
Badan Pengurusan Bersama
Perbadanan Pengurusan Suria Avenue






SURIA AVENUE SEKSYEN 16 SHAH ALAM SELANGOR


BADAN PENGURUSAN BERSAMA
PERBADANAN PENGURUSAN SURIA AVENUE



GOLDEN RULES OF SURIA AVENUE


  1. Kenali jiran anda dan hormati privasi mereka.

  1. Sentiasa menjelaskan bayaran caj penyelenggaraan dan juga caj perkhidmatan pada masa yang ditetapkan untuk membolehkan urusan penyelenggaraan dan servis dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berterusan.

  1. Sekiranya caj penyelenggaraan tertunggak selama 3 bulan berturut turut, pihak pengurusan berhak memberi notis dan menghalang penghuni dari menggunakan kemudahan tempat letak kereta dan motosikal di tingkat 2 dan 3. Pihak peguam yang dilantik juga akan mengeluarkan surat peringatan dan segala kos guaman akan ditanggung sepenuh oleh unit-unit yang tertunggak.  Jika melebihi 6 bulan, notis aduan akan dikeluarkan dan dilapor kepada Pesuruhjaya Bangunan untuk tujuan penyitaan dan penahanan harta alih kepunyaan penghuni di dalam petak atau tempat lain dalam kawasan pihak berkuasa tempatan mengikut Akta 663.

  1.  Sentiasa patuhi peraturan kaedah-kaedah dalaman dan juga peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

  1. Berusaha meletakkan imej Suria Avenue sentiasa di hadapan dan berusaha menjadikannya sebagai tempat kediaman / perniagaan yang berprestij.

  1. Menjaga dan menggunakan Kawasan Am (common area) secara berhemah kerana ia merupakan tempat untuk kepentingan bersama dan bukannya hak persendirian.

  1. Kemudahan-kemudahan awam yang disediakan adalah hak eksklusif yang hanya boleh digunakan oleh penduduk sahaja. Oleh itu, gunakan ia dengan sebaiknya.

  1. Jadikan keseluruhan kawasan kediaman kita sentiasa bersih dan kemas. Jangan berkira dengan sampah yang ada, ambil inisiatif untuk membersihkannya sendiri. Dan yang paling penting, jangan buang sampah merata-rata.

  1. Terangkan secara baik dan jelas sekiranya ternampak penduduk yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil.

  1. Laporkan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue / Polis / Bomba atau pihak-pihak yang berkenaan sekiranya terdpat sebarang ancaman / kemusnahan / jenayah dan sebagainya yang difikirkan perlu.

  1. Sentiasa memberi pandangan serta idea-idea baru dalam memperbaiki kehidupan di Suria Avenue agar semua pemilik, penduduk dan peniaga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa.





BAHAGIAN 1


1.0
KESELAMATAN
1.1
Keselamatan Kawasan

Keseluruhan kawasan adalah dikawal oleh pengawal keselamatan sepanjang 24 jam. Sebagai satu langkah keselamatan bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali dari memasuki kawasan Suria Avenue, sila maklumkan ke pejabat keselamatan atau pengawal bertugas sekiranya ada tetamu yang akan mengunjungi anda supaya mereka boleh diberi layanan yang sewajarnya.
1.2
Pas Aksess

Dua pas aksess akan dikeluarkan bagi setiap unit dengan nombor siri yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Sila tunjukkan pas ini kepada pengawal keselamatan setiap kali anda memasuki bangunan. Pas ini juga hendaklah digunakan bagi membuka pintu masuk ke dalam bangunan Suria Avenue. Anda boleh memohon kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan pas tambahan. Pengeluaran setiap pas akan dikenakan bayaran RM10.00. Anda bertanggungjawab untuk melaporkan segera kepada pihak pengurusan sekiranya pas ini hilang. Bagi tujuan keselamatan, kad aksess yang tidak diguna dua bulan berturut-turut, pihak Perbadanan Pengurusan berhak untuk menyahaktifkan kad tersebut. Pemilik boleh mengaktifkan semula kad dengan berhubung dengan pihak Perbadanan Pengurusan. Bagi pengeluaran pas aksess untuk warga asing, jumlah maksima yang akan dikeluarkan adalah sehingga tujuh kad sahaja dalam satu-satu masa.
1.3
Pindah Masuk / Keluar

Anda diminta memaklumkan pihak pengurusan dua (2) minggu lebih awal sekiranya anda ingin berpindah masuk ke kawasan atau keluar daripada kawasan Suria Avenue. Sila maklumkan beberapa maklumat penting seperti nama individu / syarikat I kontraktor yang akan mengangkut barang, anggaran masa dan lain-lain menggunakan borang yang disediakan.
1.4
Pelawat

Sila nasihatkan kepada tetamu anda atau pelawat supaya mendaftarkan diri di pondok keselamatan dan mendapatkan pas keselamatan sebelum memasuki kawasan Suria Avenue. Perlu diingatkan bahawa bagi pembeli petak yang menyewakan petaknya, hak mereka menikmati segala kemudahan yang disediakan di bawah harta bersama akan berpindah kepada penyewa. Dengan itu status mereka apabila memasuki kawasan bangunan ini ialah sebagai pelawat biasa dan tertakluk kepada peraturan-peraturan pelawat.

Penduduk dibenarkan untuk mendapatkan kad aksess sementara untuk penggunaan pelawat dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM10.00 dan tempoh penggunaannya tertakluk kepada permintaan penduduk. Pelawat juga dibenarkan untuk meletakkan unit kenderaan mereka di tingkat 2 atau 3. Penduduk dikehendaki untuk mengisi borang yang disediakan bagi tujuan berkenaan.

Selain itu pelawat juga dibenarkan menempatkan kenderaan mereka sama ada di tingkat 2 atau 3 sekiranya mereka ingin bermalam atau meletakkan kenderaan dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini penduduk perlu mengisi borang yang berkenaan dan mendapatkan kad aksess sementara dengan membayar deposit sebanyak RM10.00. Setiap unit kenderaan pelawat juga akan dibekalkan dengan kad pelawat, dan pelawat perlu meletakkan kad tersebut di atas ’dashboard’ kenderaan masing-masing setiap masa sewaktu berada di kawasan Suria Avenue.
1.5
Penghantaran Khas

Anda diminta memaklumkan pejabat keselamatan sekiranya anda membuat tempahan atau perjanjian dengan pihak luar untuk menghantar sesuatu ke unit kediaman anda. Sila nasihatkan mereka supaya mendaftarkan diri di pondok keselamatan dan mengambil pas keselamatan.
1.6
Pemasangan Gril Keselamatan

Anda dinasihatkan agar menjaga keselamatan unit masing-masing misalnya dengan memasang grill keselamatan pada pintu, tingkap dan balkoni. Bagaimanapun, bagi menjaga keindahan bangunan dan untuk keseragaman, gill keselamatan hendaklah rnengikut rekabentuk yang ditetapkan. Sila hubungi pihak pengurusan untuk menyemak rekabentuk yang dibenarkan. Anda juga diingatkan agar memastikan saiz gril keselamatan yang hendak dipasang perlulah tidak menonjol keluar dan melebihi daripada saiz unit kediaman masing-masing. Deposit sebanyak RM500.00 akan dikenakan sebelum urusan pemasangan boleh dilakukan.
1.7
Pas Aksess Tempat Letak Kereta

Setiap pemilik petak dikhaskan dengan satu unit petak tempat letak kereta di Aras 2 dan 3 Suria Avenue. Tempat letak kereta di Suria Avenue adalah dilengkapi dengan pagar automatik dan memerlukan pas aksess. Pemilik boleh mendapatkan pass aksess dari Pihak Pengurusan.  Bukan pemilik / penyewa boleh mendapatkan pass aksess tempat letak kereta melalui pemilik.
Penyeragaman warna dan kadar bayaran bulanan bagi setiap pelekat keselamatan adalah seperti berikut:
(a)   Kereta pemilik (warna biru) – percuma.
(b)   Kereta pemilik yang kedua (warna hijau) – RM15.00 sebulan.
(c)   Kereta pemilik yang ketiga dan seterusnya (warna hijau) – RM30.00 sebulan.
(d)   Kereta penyewa (warna hijau) – RM30.00 sebulan.
(e)   Motosikal (warna biru) – RM30.00 setahun mengikut kalendar tahunan yang ditetapkan.
Selain itu, setiap pelekat kenderaan yang dikeluarkan di atas apa-apa sahaja alasan, akan dikenakan bayaran RM5.00 bagi setiap keping.
Orang awam yang meletakkan kereta di kawasan Suria Avenue akan dikenakan caj seperti yang tertera dipintu masuk dan keluar Suria Avenue. Pihak Pengurusan akan menguatkuasakan caj ini mengikut kesesuaian semasa dan harus dipatuhi pada sesiapa yang memasuki dan meletakkan kenderaan ini di bangunan. Tindakan yang sewajarnya akan dikenakan pada sesiapa yang melanggar ketetapan ini. Tempat letak kereta awam adalah di sekeliling bangunan Suria Avenue sahaja.




1.8
Percampuran penghuni wanita dan lelaki dalam satu unit rumah

Pada umumnya percampuran penghuni wanita dan lelaki tanpa hubungan yang sah di dalam satu unit rumah adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya didapati tertangkap dan bersalah, denda sebanyak RM 5,000.00 akan dikenakan dan akan dilaporkan kepada pihak berwajib dan tidak dibenarkan menduduki Suria Avenue.




BAHAGIAN 2


2.0
KEBERSIHAN
2.1
Kebersihan Kawasan Bersama

Kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan di kawasan bersama akan dikendalikan oleh syarikat I pekerja yang dilantik oleh pihak pengurusan. Sila beri kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Aduan mengenai ketidaksempurnaan tugas yang dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan menggunakan borang aduan yang disediakan.
2.2
Pembuangan Sampah

Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti memasukkannya dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang. Barang-barang Iusuh yang besar seperti perabot atau alat elektrik tidak dibenarkan dibuang di tempat pembuangan sampah awam di tingkat masing-masing. Anda bertanggungjawab melupuskannya sendiri melalui cara yang sesuai atau menghubungi pihak pengurusan untuk bantuan pelupusan. Kos yang dikenakan adalah dibawah tanggungjawab anda. Sekiranya barang-barang lusuh yang besar tersebut dibiarkan di kawasan bersama, pihak pengurusan akan melupuskannya dan kos akan dituntut daripada penghuni petak berkenaan.
2.3
Kawalan Makhluk Perosak

Pihak pengurusan telah melantik syarikat untuk menyediakan perkhidmatan mengawal selia bangunan dan kawasan yang termasuk dalam harta bersama daripada makhluk perosak seperti anai-anai, tikus dan sebagainya. Perkhidmatan rutin akan dijalankan setiap bulan dan penyemburan akan dijalankan dua bulan sekali.



BAHAGIAN 3
3.0
HARTA BERSAMA
3.1
Definisi Harta Bersama

Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau petak aksesori dan baki lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara.
Contoh harta bersama ialah tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, bilik sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembentung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak; bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.

3.2
Tanggungjawab harta bersama

Kerjasama anda adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dan tiada seorang pun daripada penduduk dinafikan daripada menikmati kemudahan tersebut.
3.3
Larangan

Dengan itu anda atau mana-mana orang yang menjadi penghuni bersama atau tetamu anda dilarang daripada melakukan perkara berikut:
a.
Merosakkan atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama;
b.
Membawa atau memelihara binatang peliharaan yang bukan dari ketegori yang dibenarkan; 
c.
Membiarkan binatang peliharaan / ternakan di luar unit masing-masing sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain;
d.
Memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama tanpa rnendapatkan kelulusan pihak pengurusan;
e.
Menyidai pakaian seperti di balkoni, tingkap atau koridor sehingga merosakkan pandangan kawasan;





f.
Membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain;
g.
Menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan kemarahan penghuni lain atau yang memalukan;
h.
Meletakkan kereta atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak di tempat yang dikhaskan;
i.
Meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis di mana-mana bahagian harta bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan;
j.
Mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti perabot, lekapan dan lengkapan;
k.
Membiarkan tetamu atau pelawat menggunakan kemudahan harta bersama seperti padang permainan atau yang seumpamanya tanpa diiringi oleh penghuni. Penghuni bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kecacatan yang disebabkan oleh tetamu atau pelawat mereka dan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan atau unit keselamatan dengan kadar segera;
l.
Membiarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun menggunakan kemudahan harta bersama tanpa diiringi oleh ibubapa atau orang dewasa;
m.
Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar daripada unit sendiri; dan
n.
Menggunakan kemudahan sukan atau riadah selain daripada jenis yang disediakan.
3.4
Cukai tanah, cukai taksiran dan insuran kebakaran

Adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk membayar segala cukai taksiran yang dikenakan ke atas unit masing-masing kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. Sementara itu buat waktu ini, pemilik juga bertanggungawab untuk membayar cukai tanah dan juga insuran kebakaran yang diuruskan oleh pihak pemaju dengan membayar terus kepada pihak pemaju.
3.5
Dewan serbaguna

Penduduk dialu-alukan untuk menempah dewan serbaguna sekurang-kurangnya tiga hari sebelum digunakan. Penempahan dewan serbaguna hanya dihadkan kepada pemilik dan penyewa yang menetap di Suria Avenue sahaja. Penggunaan dewan serbaguna akan dikenakan caj sebanyak RM100.00 bagi penggunaan minimum empat jam, dan bagi setiap jam yang seterusnya akan dikenakan caj sebanyak RM25.00. Selain itu, deposit sebanyak RM250.00 akan dikenakan bagi setiap tempahan dan akan dikembalikan setelah pihak Perbadanan Pengurusan berpuas hati dengan kebersihan yang dibuat selepas program dan tidak berlakunya sebarang kerosakan di dewan serbaguna, kawasan sekitarnya dan juga seluruh kawasan Suria Avenue.



BAHAGIAN 4


4.0
HARTA INDIVIDU
4.1
TANGGUNGJAWAB UNIT INDIVIDU

Sebagai pembeli petak atau penyewa anda bertanggungjawab menjaga dan menyenggara petak atau unit masing-masing. Sekiranya anda menyewakan atau menyerahkan unit anda untuk didiami oleh orang lain, anda bertanggungjawab memaklumkan keadaan pihak pengurusan beberapa maklumat tentang penyewaan ini seperti nama penyewa atau penghuni, bilangan isi rumah dan tempoh penyewaan. Anda juga bertanggungjawab, memaklumkan segera kepada pihak pengurusan apabila berlaku pertukaran penyewa atau penghuni.

4.2
PERATURAN

Untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian komuniti kita, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut dan pastikan juga mereka yang menghuni unit anda diberitahu tentang peraturan-peraturan ini.
a.
Menjaga dan menyenggara unit masing-masing dan menjalankan kerja-kerja pembaikan yang sewajarnya dari semasa ke semasa agar unit sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada kebakaran dan bencana lain yang boleh dikawal.
Kos kerosakkan di unit atas yang menyebabkan kerosakkan di unit bawah hendaklah ditanggung oleh unit atas.
b.
Menggunakan unit hanya untuk tujuan yang ditetapkan dalam syarat-syarat penggunaan unit dan perjanjian jual beli. Pihak pengurusan akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya didapati unit digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
c.
Tidak menggunakan dan membenarkan unit digunakan untuk suatu maksud yang boleh menyebabkan berlakunya kekacauan / gangguan atau bahaya kepada mana-mana penghuni lain atau keluarga penghuni itu.
d.
Tidak menggunakan bahan api atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap (fumes) atau bau yang buruk.




e.
Tidak membuat apa-apa pemasangan yang boleh merosakkan pandangan atau sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan halangan, misalnya memasang antena TV di tempat yang tidak sesuai atau menyimpan barang persendirian di kawasan harta bersama seperti di tepi koridor, tangga atau ternpat letak kereta atau kawasan lapang lain.
f.
Tidak menyebabkan keadaan bising atau apa-apa keadaan yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu jiran atau penghuni lain.
g.
Melaksanakan segera tindakan atau apa-apa kerja yang diarahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dengan unit dan membayar segala taksiran, caj dan belanja pasti yang kena dibayar berkenaan dengan unit berkenaan.
h.
Membenarkan pihak pengurusan atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk memasuki unit individu tujuan yang berikut:
·         Memeriksa unit berkenaan
·         Menyelenggara, membaiki atau membaharui paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan atau boleh digunakan berkaitan dengan penikmatan mana-mana petak lain atau harta bersama;
·         Menyelenggara, membaiki dan membaharui harta bersama.
·         Melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugas pihak pengurusan atau penguatkuasaan undang-undang atau peraturan yang melibatkan unit atau bangunan.

Pihak pengurusan akan mengeluarkan notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tindakan berkenaan dilakukan, kecuali dalam hal kecemasan yang memerlukan tindakan segera.



BAHAGIAN 5


5.0
KERJA-KERJA PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN

Tertakluk kepada Perjanjian Jual dan Beli, anda boleh membuat tambahan atau pengubahsuaian pada unit anda. Bagi menentukan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut:
a.
Kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan;
b.
Sebelum kerja-kerja tersebut dimulakan, salinan pelan yang diluluskan hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan;
c.
Bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan pendawaian elektrik dan bekalan air atau yang tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa, kelulusan perlu diperoleh daripada pengurusan sebelum kerja-kerja dimulakan (peraturan yang lebih terperinci dan khusus kepada kerja-kerja berkenaan boleh dimasukkan dalam surat kelulusan);
d.
Pengawasan rapi hendaklah dilakukan untuk menentukan kerja-kerja yang dijalankan tidak menjejaskan struktur bangunan atau harta bersama serta tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penghuni lain;
e.
Bertanggungjawab ke atas apa-apa kecacatan atau kerosakan pada bangunan atau harta bersama yang disebabkan oleh kerja-kerja tersebut;
f.
Tidak melibatkan pihak pengurusan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit. Untuk maksud ini anda perlu menandatangani satu surat jaminan sebelum kerja-kerja dijalankan.
g.
Memastikan bahawa sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, ia hendaklah diperbaiki dengan sempurna. Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan tambahan ini akan dibuat ke atas anda;









h.
Memastikan bahawa semua barang terbuang atau sampah dilupuskan segera dengan sempurna (peraturan terperinci mengenainya boleh ditentukan dalam surat kelulusan). Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan cara pelupusan ini, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor bagi menyempurnakan kerja-kerja pelupusan tersebut dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda; dan
i.
Wang deposit akan dikenakan ke atas semua kerja tambahan atau penguahsuaian. Amaunnya berasaskan nilai kerja atau kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan yang mana kadar deposit yang perlu diletakkan adalah tidak kurang daripada RM500.00. Wang ini akan dikembalikan (tanpa faedah) setelah pihak pengurusan berpuas hati dengan kesempurnaan kerja-kerja yang dilakukan. Dengan itu anda hendaklah memaklumkan pihak pengurusan apabila kerja-kerja disiapkan supaya pemeriksaan bersama dapat dibuat.





BAHAGIAN 6
6.0
SEWAAAN ATAU PENEMPATAN WARGA ASING
6.1
Ketetapan/sewaan/pendaftaran unit kediaman

Daripada aduan dan rungutan penduduk ekoran kebanjiran pendatang asing yang mengganggu keharmonian dan mendatangkan masalah kepada penduduk yang telah berlarutan, dengan penubuhan Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue yang telah diberi kuasa oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk menetapkan kaedah-kaedah dalaman bersesuaian dengan keadaan semasa, maka ketetapan ini telah diambil, iaitu :

“Tidak digalakan pemilik menyewakan unit kediaman masing-masing kepada pendatang asing. Begitu juga pihak-pihak majikan tidak galakan  menempatkan pekerja-pekerja asing mereka dalam bangunan ini dan menjadikan unit kediaman sebagai asrama atau hostel pekerja asing mereka, kerana ia hanya akan mendatangkan ancaman dari sudut keselamatan, budaya dan lain-lain, selain ancaman sosial kepada seluruh penduduk terutama kepada kanak-kanak dan kaum wanita. Sekiranya di dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan lain, kebenaran akan diberi dengan bersyarat di mana pemilik perlu mengisi borang-borang berkaitan selain mendapat kelulusan daripada Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue terlebih dahulu.”

6.2
Sewaan

Bagi menjaga keharmonian penghuni dan penyewa warganegara, pemilik tidak digalakkan untuk menyewa atau menempatkan warga asing di kediaman Suria Avenue masing-masing memandangkan terdapat perbezaan budaya dan cara hidup antara warga Malaysia dan bukan warganegara. Walau bagaimanapun kelonggaran akan diberikan kepada pemilik bagi menyewa atau menempatkan warga asing di Suria Avenue, dengan syarat pemilik perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan juga bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan oleh warga asing tersebut.
6.3
Pendaftaran unit kediaman

Pemilik yang ingin menyewa dan menempatkan warga asing, perlulah mendaftarkan unit kediaman masing-masing kepada pihak pengurusan dan mengisi borang yang telah disediakan.


6.4
Pendaftaran warga asing

Pemilik dan penyelia mestilah mendaftarkan setiap warga asing dengan borang yang disediakan dan perlulah disertakan dengan dokumen yang telah disahkan dan juga bayaran yang telah ditetapkan. Setiap warga asing yang ingin mendiami di Suria Avenue, perlu mengisytiharkan mereka adalah perkerja asing yang sah disisi undang-undang dan adalah bebas daripada kesalahan jenayah sama ada di Malaysia ataupun di negara asal mereka.
6.5
Bilangan kapasiti penyewa warga asing

Bagi memastikan pencegahan permasalahan penyewa warga asing di peringkat awal, mekanisme yang telah dipersetujui melalui resolusi di dalam Mesyuarat Exco Majlis Tindakan Negeri Selangor (MTES) bertarikh 13 November 2007 digunapakai.
Merujuk kepada Seksyen 78 dan 79, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), jumlah maksimum penyewa warga asing adalah seperti berikut:

Luas lantai (kp²)
Bilangan orang
650kp²
6
750kp²
6
800kp² dan ke atas
7

Mekanisma di atas adalah digunapakai di Suria Avenue sepenuhnya, tanpa sebarang pengecualian. Mekanisma ini juga digunakan bagi keselesaan maksimum warga asing yang ditempatkan di unit kediaman masing-masing.
6.6
Kegagalan mematuhi peraturan had maksima penyewa warga asing

Kepada pemilik-pemilik unit kediaman yang gagal mematuhi peraturan mengenai jumlah penyewa yang dibenarkan akan dikenakan denda RM 200.00 seorang dan diberi notis selama 14 hari untuk menjelaskan denda. Sekiranya gagal mematuhi denda yang dikenakan tindakan akan diambil dengan melaporkan kepada COB(MBSA) untuk tindakan selanjutnya dengan merujuk kepada Seksyen 78 dan 79, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan juga rujukan mesyuarat Exco Kerajaaan Negeri Selangor, MTES bertarikh 13 November 2007 digunapakai.

6.7
Pemakaian tag ID

Setiap warga asing yang didaftarkan secara sah di kediaman Suria Avenue, akan dibekalkan dengan tag pengenalan bagi urusan keluar masuk dan juga urusan pengecaman. Tag pengenalan hendaklah sentiasa dibawa setiap masa sewaktu berada di kawasan premis kediaman Suria Avenue. Bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi setiap kad pengenalan yang dikeluarkan dan ia hendaklah digunakan oleh mereka yang berhak sahaja.
Kehilangan tag pengenalan yang dibekalkan akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 selain deposit tidak akan dikembalikan oleh pihak MC. Bagi mana-mana warga asing yang gagal menunjukkan tag pengenalan sewaktu diminta, tindakan akan diambil mengikut keadaan semasa yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan dan juga jawatankuasa yang dilantik.
Adalah menjadi satu kesalahan besar bagi mana-mana warga asing yang menggunakan tag pengenalan bukan miliknya atau meminjamkan tag pengenalan miliknya kepada pihak lain. Pihak perbadanan pengurusan mempunyai kuasa mutlak untuk menghalang mana-mana warga asing yang melanggar arahan ini daripada memasuki dan menduduki kediaman Suria Avenue selepas berpuas hati dengan keterangan yang diterima.
6.8
Penggunaan kad aksess

Setiap penghuni warga asing diwajibkan untuk mendapatkan kad access. Bayaran kad aksess dikenakan sebanyak RM10.00 bagi setiap kad yang dikeluarkan tertakluk kepada jumlah maksimum penghuni yang dibenarkan bagi setiap unit.
Walau bagaimanapun Syarikat diberikan pengecualian daripada membekalkan kad akses kepada penghuni warga asing dengan syarat membayar deposit liabiliti kerosakan pada kadar RM150.00 bagi setiap orang.
Bagi tujuan keselamatan, penghuni warga asing hanya dibenarkan menggunakan pintu utama sebagai akses untuk memasuki kawasan kediaman Suria Avenue. Sekiranya penghuni ingin mendapatkan akses untuk menggunakan pintu yang lain selain daripada pintu utama, mereka melalui Syarikat mereka bekerja hendaklah menulis surat rasmi kepada pihak pengurusan dengan menyertakan alasan yang munasabah.
6.9
Percampuran penghuni wanita dan lelaki dalam satu unit rumah

Pada umumnya percampuran penghuni wanita dan lelaki tanpa hubungan yang sah di dalam satu unit rumah adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya didapati tertangkap dan bersalah, denda sebanyak RM 5,000.00 akan dikenakan dan akan dilaporkan kepada pihak berwajib dan tidak dibenar menduduki Suria Avenue.
Pemilik juga adalah tidak dibenarkan mencampurkan penghuni warga asing yang berlainan jantina di dalam satu unit rumah. Bagaimanapun kelonggaran diberikan kepada pemilik dengan syarat membuat surat rasmi kepada pihak pengurusan dan ia hendaklah disertakan dengan surat sokongan daripada pemilik yang lain dengan sekurang-kurangnya pada kadar 80% persetujuan daripada keseluruhan pemilik di Suria Avenue.
6.10
Syarat-syarat am

Pemilik dan juga Syarikat adalah bertanggungjawab bersama dalam menjelaskan syarat-syarat di dalam kaedah-kaedah dalaman (house rules) kepada setiap warga asing yang ingin mereka tempatkan di dalam kawasan kediaman Suria Avenue.




BAHAGIAN 7


7.0
LAIN-LAIN

Di bawah bahagian ini pihak Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue boleh memasukkan apa-apa peraturan lain yang difikirkan perlu seperti peraturan tentang tanggungjawab umum pembeli petak / penghuni terhadap apa-apa kerosakan I kecacatan pada harta bersama atau tanggungjawab membiayai kos tindakan undang-undang, seperti contoh berikut:

1.             Mana-mana pembeli atau penghuni yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan menyebabkan kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, mereka bertanggungjawab memperbaikinya atau membayar kos pembaikan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan; atau

2.             Sekiranya pihak pengurusan terpaksa melantik peguam untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pembeli atau penghuni, pihak pengurusan berhak mendapatkan kembali kos guaman daripada pembeli atau penghuni berkenaan.

3.             Sekiranya berlaku sebarang pertikaian diantara penduduk dengan penduduk, penyewa dan pemilik, penduduk dengan MC, penyewa dengan MC, pemilik dengan MC hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik dan berkhemah.

Pihak Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue juga boleh memasukkan peraturan yang lebih khusus tentang penggunaan kemudahan-kemudahan seperti peraturan penggunaan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, gelanggan, gimnasium, perpustakaan dan seumpamanya.
Perbadanan Pengurusan juga berhak menambahbaik keadah-kaedah dalaman dari semasa ke semasa.




BAHAGIAN 8


8.0
PENUTUP

Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue berharap semua penghuni Suria Avenue memahami dan mematuhi Kaedah-kaedah dalaman yang telah disediakan agar kehidupan di Suria Avenue dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.


























0 comments :

Post a Comment