Friday, 2 August 2013


BPBPPSA/MBSA-COB/02(4)-13

8HB APRIL 2013
Kepada :
Tuan IR Rosli b Mohammad Yununs
Pengarah Kejuruteraan
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Melalui:
Dr. Daroyah bt .Alwi
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5
Dewan Kecil JKRT, MBSA 16/2
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Tuan/Puan,

PERMOHONAN RAYUAN KETIGA PEMASANGAN LAMPU JALAN DI PERSEKITARAN KAWASAN SURIA AVENUE SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR

Kami merujuk kepada surat dari pihak Tuan bertarikh 15 Ogos 2012 (MBSA/KEJ/BE 600-8/3). Kami ingin mengucapkan terimakasih ke atas jawapan yang diterima dari surat tuan.  Setelah dua pucuk surat dikemukakan kepada pihak tuan bertarikh 01hb Julai  2011 (BPBPPSA/MBSA/07-11) dan 30 April 2012 (BPBPPSA/MBSA/12(4)-12). Terimakasih atas kecekapan tindakan pantas pihak Tuan yang mengambil masa lebih daripada setahun untuk membalas surat kami.

Pertama, kami menerima jawapan yang mendukacitakan daripada pihak tuan yang tidak dapat meluluskan permohonan kami. Dan dalam masa yang sama, kami merasa amat terkilan dan amat dukacita apabila pihak Tuan menyentuh mengenai kawasan kami yang berstatus strata. Isu tersebut adalah terlalu sensitif kepada kami. Ini berikutan kami membayar cukai taksiran yang terlalu tinggi, dan tidak adil bagi kami sekiranya kami tidak mendapat khidmat yang sepatutnya kami terima dengan apa yang telah kami keluarkan untuk membayar cukai tafsiran yang tinggi tersebut.

Kedua, buat masa ini permohonan kami hanya tertumpu kepada pemasangan lampu jalan di luar kawasan kediaman kami,  dan surat tersebut masih belum menyentuh mengenai pemasangan di dalam kawasan kediaman. Ini berikutan baru-baru ini, pegawai MBSA enggan melaksanakan kutipan sampah selepas waktu pasar malam dijalankan atas alasan ketiadaan lampu, atau lampu yang tidak menyala. Sebaliknya, sampah tersebut hanyadibuat pada hari berikutnya sahaja. Ini menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, di sampingmenyebabkan pembiakan tikus dan lipas berlaku dengan lebih cepat.

Oleh itu, kami sekali lagi memohon semoga permohonan kami dipertimbangkan sekali lagi.


Sekian terima kasih.

Yang benar,



AZHAR DOLLAH
Pengerusi
BadanPengurusanBersama
“PerbadananPengurusanSuriaAvenue”



s.k.

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
PejabatDato' MenteriBesar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS, 40502 Shah Alam
Fax: 55190032
khalid@selangor.gov.my

Tuan Haji Yaakob bin Sapari
N40 - DUN Kota Anggerik
Tingkat 14
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam, Selangor
Fax: 5519 3335
yaakob@selangor.gov.my



Y. Bhg. Dato' Mohd. Jaafar bin Mohd. Atan
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Fax: 03-55133564
datukbandar@mbsa.gov.my

Persatuan Penduduk Suria Avenue
Tingkat 4, Suria Avenue
Jalan Dawai 16/2
40200 Shah Alam
Selangor

Notis penduduk

Fail JMB


0 comments :

Post a Comment