Tuesday, 30 July 2013


BPBPPSA/MBSA-COB/06(4)-13

26HB JUN 2013
Kepada :
Y.Bhg. Dato’ Mohd. Jaafar bin Mohd Atan
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 1, Wisma MBSA, Lif B,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Melalui:
En.Halim bin Mohamad Redzuan
Pemangku Pengerusi
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5
Dewan Kecil JKRT, MBSA 16/2
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Dato’,

PERMOHONAN RAYUAN KETIGA PEMINDAHMILIK TONG SAMPAH UTAMA DI SURIA AVENUE  SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR

Dengan hormatnya perkara di atas dan rujukan surat kedua BPBPPSA/MBSA/12(4)-13 bertarikh 30hb April 2012 adalah dirujuk.

Pertama, kami menerima jawapan yang mendukacitakan daripada pihak tuan yang tidak dapat meluluskan permohonan kami. Dengan penolakan tersebut , kami badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue sekali lagi dengan rasa rendah hati ingin membuat rayuan kali ketiga (3) kepada pihak Dato’ untuk mempertimbangkan rayuan di atas .

Untuk makluman pihak tuan, sehingga kini kami masih lagi terpaksa menanggung kos pembuangan sampah kerana pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak MBSA hanya mengangkut sampah-sampah yang kecil-kecil sahaja. Sedangkan sampah-sampah yang besar ditinggalkan dan pihak kami terpaksa melantik kontraktor luar untuk mengangkut sampah-sampah tersebut dan kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak kami.

Oleh itu demi rakyat sekali lagi kami merayu semoga permohonan kami dapat dipertimbangkan sekali lagi.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,



AZHAR DOLLAH
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
“Perbadanan Pengurusan Suria Avenue”



s.k.

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS, 40502 Shah Alam
Fax: 55190032
khalid@selangor.gov.my

Tuan Haji Yaakob bin Sapari
N40 - DUN Kota Anggerik
Tingkat 14
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam, Selangor
Fax: 5519 3335
yaakob@selangor.gov.my


Persatuan Penduduk Suria Avenue
Tingkat 4, Suria Avenue
Jalan Dawai 16/2
40200 Shah Alam
Selangor

Notis penduduk

Fail JMB


0 comments :

Post a Comment