Jumaat
26 Julai 2013
10.30 malam
Pihak penduduk Suria Avenue berbesar hati menerima
kunjungan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ke Suria Avenue pada 26
Julai 2013 yang lepas. Kunjungan tersebut merupakan kunjungan tidak rasmi
beliau dalam memenuhi program sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
![]() |
Penduduk mengambil kesempatan bergambar dengan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam |
Program beliau bermula dengan kunjungan dan pengagihan
bubur lambuk di bazar ramadan Seksyen 16, seterusnya majlis berbuka puasa
bersama penduduk di Dewan MBSA Seksyen 16. Ini diikuti dengan solat Maghrib di
tempat yang sama. Program beliau diteruskan dengan lawatan beliau ke Masjid
Seksyen 16, seterusnya ke surau-surau sekitar Seksyen 16. Beliau juga mengambil
peluang solat terawih di Apartmen Anggerik sebelum diakhiri dengan lawatan ke
Suria Avenue.
Bertempat di pejabat MC, lawatan YB disambut oleh
penduduk-penduduk dan juga wakil-wakil daripada JMB, PPSA dan juga jawatankuasa
Surau An-Nur, Suria Avenue. Dalam perjumpaan tersebut, penduduk menyuarakan
perasaan tidak puas hati atas cukai taksiran yang tinggi yang dikenakan ke atas
unit-unit di Suria Avenue. Penduduk memohon bantuan YB dalam menyuarakan isu
ini, dan seterusnya dibawa kepada pihak atasan termasuklah kepada pihak MBSA.
Walaupun sudah beberapa pucuk surat ang diberikan kepada
MBSA berkaitan isu yang berkaitan, ia seolah-olah dipandang sepi oleh pihak
MBSA. Malahan, tiada tindakan langsung yang diambil oleh pihak MBSA dalam
menyelesaikan masalah di Suria Avenue.
Penduduk mengharapkan agar dengan pertemuan yang pertama kali
diadakan ini, YB Khalid Samad boleh membantu Suria Avenue dalam menyelesaikan
masalah yang timbul.
Penduduk mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian
YB membuat kunjungan ke Suria Avenue.
0 comments :
Post a Comment