Monday, 9 September 2013

Selamat datang kepada semua
Pada 07 September 2013 bersamaan hari Sabtu, jam 8.00 malam, Badan Pengurusan Bersama Perbadanan Pengurusan Suria Avenue sekali lagi berbesar hati menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Dewan Kecil, Tingkat 4, Suria Avenue 2013. Program tersebut menjadi acara tahunan bagi penduduk di sini. 
 
En Azhar Dolah memberikan ucapan beliau
Ucapan yang bersahaja
Program bermula sehari sebelumnya lagi, apabila penduduk secara gotong-royong turun beramai-ramai untuk bersama-sama mengemas dan juga membuat persediaan awal di dewan tersebut. Majlis seterusnya dilangsungkan pada keesokan harinya dengan penyediaan program yang bermula dari pukul 6.00 petang. Rumah terbuka tersebut dihadiri  oleh penduduk yang berbilang bangsa dan agama, malah turut dihadiri oleh  
Antara penduduk yang hadr
penduduk bukan warganegara Malaysia yang turut memeriahkan majlis tersebut. Dianggarkan lebih kurang 200 penduduk dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang menjadikan rumah terbuka ini sebagai tempat terbaik bagi penduduk, untuk beramah mesra
Datin Anizah menyampaikan ucapan beliau
dan bertukar-tukar masakan yang dibawa dari rumah masing-masing berasaskan konsep pot-luck, di mana menyaksikan penduduk dengan secara sukarela membawa hidangan bagi dikongsi bersama-sama.

Begitu kusyuk penduduk mendengar ucapan
 
Antara yang hadir
Jemputan majlis jamuan ini juga dipanjangkan kepada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Yaakob Sapari, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Datin Anizah bt Othman, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5 dan barisan pengerusi badan-badan yang mewakili penduduk di sekitar
Antara jamuan, termasuk sate!!!
Seksyen 16, Shah Alam. Sebelum jamuan bermula, YB Khalid Samad ada menghubungi pihak penganjur menyatakan mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk bersama program disebabkan oleh komitmen yang lain, juga diadakan pada masa yang sama.
 




Makan kak, makan
Senyummmm
Anak-anak pun berseronok
Tepat pukul 8.00 malam, majlis dimulakan dengan ucapan oleh En. Azhar Dollah, Pengerusi JMB Suria Avenue. Seterusnya, diikuti dengan bacan doa sebelum jamuan dimulakan. Semua yang hadir nampak begitu gembira dan bergaya dengan mengenakan pakaian-pakaian hari raya sambil menikmati juadah yang disediakan, di samping diselang selikan dengan lagu-lagu hari raya, menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut. Dalam pukul 8.30 malam, pihak penduduk menerima kunjungan Datin Anizah bt Othman bersama pembantu beliau, Puan
Penduduk yang hadir
Limpahan pot luck daripada penduduk
Rashidah binti Harun. Datin Anizah, merupakan pengerusi baharu MPP Zon 5, menggantikan Dr. Daroyah binti Alwi yang dilantik sebagai Exco DUN Selangor. Datin Anizah juga merupakan Ahli Majlis MBSA, yang baru seminggu dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.
 
Menu yang melimpah
Kemeriahan jamuan diteruskan dengan ucapan oleh Datin Anizah, sebelum disambung dengan cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur. Datin Anizah dengan berbesar hati mencabut nombor bertuah, dan seterusnya menyerahkan hadiah cabutan kepada mereka yang berjaya. Hadiah-hadiah dalam berbentuk hamper dan juga peralatan eletrik seperti periuk nasi, cerek eletrik, pengering rambut dan sebagainya. Tahniah kepada penduduk yang bertuah.
 

Jamuan berakhir pukul 10.00 malam, di mana penduduk secara gotong royong membersihkan dewan sebelum kembali ke rumah masing-masing.
 
Menu termasuklah nasi tomato, ayam masak merah
Penduduk menjamu selera

Kemeriahan perayaan masih dirasai


Bersama meraikannya

Antara yang hadir



Sedikit ucapan untuk penduduk
Cik Yusnani menerima hadiah cabutan bertuah



Semoga bertemu lagi di tahun hadapan dengan kemeriahan yang lebih hebat lagi!!!!!!!

0 comments :

Post a Comment