Program bermula sehari sebelumnya lagi, apabila penduduk
secara gotong-royong turun beramai-ramai untuk bersama-sama mengemas dan juga
membuat persediaan awal di dewan tersebut. Majlis seterusnya dilangsungkan pada
keesokan harinya dengan penyediaan program yang bermula dari pukul 6.00 petang.
Rumah terbuka tersebut dihadiri oleh penduduk yang berbilang bangsa dan
agama, malah turut dihadiri oleh
 |
Antara penduduk yang hadr |
penduduk bukan warganegara Malaysia yang turut
memeriahkan majlis tersebut. Dianggarkan lebih kurang 200 penduduk dan ahli
keluarga serta rakan-rakan yang menjadikan rumah terbuka ini sebagai tempat
terbaik bagi penduduk, untuk beramah mesra
 |
Datin Anizah menyampaikan ucapan beliau |
dan bertukar-tukar masakan yang dibawa
dari rumah masing-masing berasaskan konsep pot-luck, di mana menyaksikan
penduduk dengan secara sukarela membawa hidangan bagi dikongsi bersama-sama.
 |
Begitu kusyuk penduduk mendengar ucapan |
 |
Antara yang hadir |
Jemputan majlis jamuan ini juga dipanjangkan kepada YB
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Yaakob Sapari, Ahli Dewan Undangan
Negeri Kota Anggerik, Datin Anizah bt Othman, Pengerusi Majlis Perwakilan
Penduduk Zon 5 dan barisan pengerusi badan-badan yang mewakili penduduk di
sekitar
 |
Antara jamuan, termasuk sate!!! |
Seksyen 16, Shah Alam. Sebelum jamuan bermula, YB Khalid Samad ada
menghubungi pihak penganjur menyatakan mohon maaf kerana tidak berkesempatan
untuk bersama program disebabkan oleh komitmen yang lain, juga diadakan pada
masa yang sama.
 |
Makan kak, makan |
 |
Senyummmm |
 |
Anak-anak pun berseronok |
Tepat pukul 8.00 malam, majlis dimulakan dengan ucapan
oleh En. Azhar Dollah, Pengerusi JMB Suria Avenue. Seterusnya, diikuti dengan
bacan doa sebelum jamuan dimulakan. Semua yang hadir nampak begitu gembira dan
bergaya dengan mengenakan pakaian-pakaian hari raya sambil menikmati juadah
yang disediakan, di samping diselang selikan dengan lagu-lagu hari raya,
menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut. Dalam pukul 8.30 malam, pihak
penduduk menerima kunjungan Datin Anizah bt Othman bersama pembantu beliau,
Puan
 |
Penduduk yang hadir |
 |
Limpahan pot luck daripada penduduk |
Rashidah binti Harun. Datin Anizah, merupakan pengerusi baharu MPP Zon 5,
menggantikan Dr. Daroyah binti Alwi yang dilantik sebagai Exco DUN Selangor.
Datin Anizah juga merupakan Ahli Majlis MBSA, yang baru seminggu dilantik oleh
pihak Kerajaan Negeri Selangor.
 |
Menu yang melimpah |
Kemeriahan jamuan diteruskan dengan ucapan oleh Datin
Anizah, sebelum disambung dengan cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak
penganjur. Datin Anizah dengan berbesar hati mencabut nombor bertuah, dan
seterusnya menyerahkan hadiah cabutan kepada mereka yang berjaya. Hadiah-hadiah
dalam berbentuk hamper dan juga peralatan eletrik seperti periuk nasi, cerek
eletrik, pengering rambut dan sebagainya. Tahniah kepada penduduk yang bertuah.
Jamuan berakhir pukul 10.00 malam, di mana penduduk
secara gotong royong membersihkan dewan sebelum kembali ke rumah masing-masing.
 |
Menu termasuklah nasi tomato, ayam masak merah |
 |
Penduduk menjamu selera |
 |
Kemeriahan perayaan masih dirasai |
 |
Bersama meraikannya |
 |
Antara yang hadir |
 |
Sedikit ucapan untuk penduduk |
 |
Cik Yusnani menerima hadiah cabutan bertuah |
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan dengan kemeriahan
yang lebih hebat lagi!!!!!!!