Friday, 3 October 2014


Wednesday, 24 September 2014


Friday, 12 September 2014

Tuesday, 2 September 2014

Wednesday, 27 August 2014


Sunday, 6 July 2014



Tuesday, 1 July 2014


Wednesday, 18 June 2014

PANGSAPURI SURIA AVENUE
TEMPAT LETAK KERETA DAN MOTOSIKAL
Kereta dan Motosikal yang tiada pelekat Suria Avenue yang sah adalah dilarang meletakan kenderaan anda di tingkat dua dan tiga Pangsapuri Suria Avenue ini.

Satu kad hanya boleh digunakan untuk satu kereta sahaja. Satu kad tidak boleh digunakan untuk dua kereta. Sekiranya didapati pemilik / penyewa menggunakan kad pertama untuk kereta kedua dan tidak membayar untuk kereta yang kedua tersebut, kad kereta pertama juga akan ditahan sehingga anda membayar untuk kereta yang kedua.

Kereta  atau Motosikal yang  diletakkan  diluar petak dan  menghalang laluan kenderaan lain akan dikunci, dan denda sebanyak RM50 akan dikena bagi kereta dan RM20.00 untuk motorsikal. Bayaran denda boleh dibuat pada waktu pejabat atau di bilik pengawal tingkat 2 dari pukul 7 pagi ke 7 malam sahaja.

CAR AND MOTORCYCLES PARKING LOT
Car and Motorcycles without Suria Avenue stickers are not allow to park at level 2 and 3 Suria Avenue Apartment.

One card is for one car only. Owner / Tenant are not allow to use one card for 2 cars. If you are found using the 1st card for the 2nd car without paying for the 2nd car monthly rental, your 1st card will be invalid until you have paid up for the
2nd car park rental.

Cars and Motorcycles  found parking out of the parking lot will be clamped and a fine will be imposed RM50.00 for car RM20.00 for Motorcycles . Payment can be made during office hours or from 7am to 7pm at Main Guard House 2nd Floor.
security   








Tuesday, 10 June 2014

 
 
SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H

SOLAT TERAWIH 8 RAKAAT
DIIKUTI
WITIR 3 RAKAAT

 SURAU AN-NUR
TINGKAT 4, SURIA AVENUE

SUMBANGAN DAN MOREY BOLEH HUBUNGI AJK SURAU, EN ROSLI +6019 257 3160 @ ZUL +6017 651 8049. SUMBANGAN  JUGA BOLEH DISALURKAN MELALUI PEJABAT MC.

MARILAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERAMAI-RAMAI MENGIMARAHKAN SURAU KITA, DAN MEMPERBAN-YAKKAN AMALAN DI BULAN YANG MULIA INI. MUNGKIN INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIR BAGI KITA.

Sebarang bentuk sumbangan dan morey dialu-alukan daripada semua penduduk

 

Terima Kasih

Jawatankuasa Surau An-Nur,  Suria Avenue

 

 

Wednesday, 4 June 2014


Maklumat terkini: perubahan tarikh dari 8 Jun 2014 ( Ahad ) ke 9 Jun 2014 ( Isnin )

Assalammualaikum. "Kem Smart Solat" untuk anak-anak yang berumur 7 hingga 13 tahun akan diadakan pada:

Tarikh : 9 Jun 2014 ( Isnin )

Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg

Yuran penyertaan : RM 10.00 sahaja

Kem akan diadakan di Jamiyah Point Seksyen 16, Sekiranya penyertaan melebihi sasaran (lebih daripada 30 peserta), ia akan dipindah ke Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16.

Kem Smart Solat merupakan satu program yang dianjurkan oleh Biro Remaja JAM'IYAH dengan kerjasama MPP Zon 5.

Berminat untuk menyertai, hubungi En. Jalal di talian +60 1111560547.
 

Sunday, 1 June 2014


Assalammualaikum. "Kem Smart Solat" untuk anak-anak yang berumur 7 hingga 13 tahun akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Jun 2014 ( Ahad )

Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg

Yuran penyertaan : RM 10.00 sahaja

Kem akan diadakan di Jamiyah Point Seksyen 16, Sekiranya penyertaan melebihi sasaran, ia akan dipindah ke Masjid Jamek Raja Tun Uda Seksyen 16.

Kem Smart Solat merupakan satu program yang dianjurkan oleh Biro Remaja JAM'IYAH dengan kerjasama MPP Zon 5.

Berminat untuk menyertai, hubungi En. Jalal di talian +60 1111560547.

Thursday, 29 May 2014

JAWATANKUASA SURAU AN-NUR
SURIA AVENUE, SEKSYEN 16

 PERBINCANGAN PERSIAPAN SOLAT TARAWIH (RAMADHAN)

09 JUN 2014
Isnin (malam Selasa)
SURAU AN-NUR, SURIA AVENUE
LEPAS SOLAT ISYAK

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Jamuan ringan disediakan

Insya Allah, Pihak Karangkraf Seksyen 15 membuka peluang kepada semua untuk kita sama-sama menghadiri kelas pengajian Al-Quran yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji.

Berikut adalah jadual pengajian untuk rujukan:

 

Isnin

8.00 malam – 9.30 malam

(Wanita)

 

Rabu

8.00 malam – 9.30 malam

(Wanita & Lelaki)

 

Jumaat

8.00 malam – 9.30 malam

(Wanita)

 

Sabtu

9.00 pagi – 10.30 pagi

(lelaki dan Wanita)

 

Kelas-kelas ini adalah sesuai untuk kita sama-sama memperbetulkan bacaan kita.

Insya Allah, semoga kita terus istiqamah dalam membaca Al-Quran dan diberi peluang untuk khatam bersama-sama.

 

 

Yang Menjalankan Tugas

 

SITI ZURAIDAH BINTI ISMAIL

YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS

Sunday, 25 May 2014

"Sembang Santai" Israk Mikraj 1435H.
Tarikh: 26/5/2014(Isnin)
Masa: 9.15 mlm.
Tempat: Dewan Seky16
Muslimin & Muslimat di jemput hadir. Sebarkn!!

Monday, 12 May 2014



Sunday, 11 May 2014


Assalamualaikum warga Suria Avenue,


16 Mei ini.... di Dataran Ilmu Karangkraf.


Jemput datang beramai-ramai mendengar ceramah oleh Sheikh Yasir Qadhi pada jam 8.00 malam.


Sementara mendengar Khutbah Jumaat bersama Sheikh Muhammad Al Shareef !




Jangan lepaskan peluang ini.....Syukur Alhamdulillah !
 

Wednesday, 23 April 2014

MANAGEMENT OFFICE,
Tingkat 4, Pangsapuri Suria Avenue,
Sekyen 16, 40200 Shah Alam Selangor. Tel/Fax : 03-55110818

BADAN PENGURUSAN BERSAMA “PERBADANAN PENGURUSAN SURIA  AVENUE”
    Ref   no    :
 BPBPPSA/Memo/0214
FROM
PEJABAT PENGURUSAN BPBPPSA
To : Mr/Mrs
SEMUA PEMILIK  DAN PENYEWA PANGSAPURI SURIA AVENUE
Date:
 04HB APRIL 2014
Re:
PEMASANGAN STICKER KERETA DAN MOTORSIKAL  
PERINGATAN
SESIAPA YANG MASIH LAGI BELUM MEMPUNYAI STICKER KENDERAAN KERETA ATAU PUN MOTOSIKAL  SAMADA ANDA ADALAH PEMILIK ATAU PENYEWA, SILA DATANG KE PEJABAT PENGURUSAN DENGAN KADAR SEGERA. TINDAKAN SEPERTI DIBAWAH AKAN DIKENAKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMATUHI PERATURAN YANG DITETAPKAN:

TIADA STICKER MOTOSIKAL

KENDERAAN ANDA AKAN DIKUNCI DAN DENDA SEBANYAK RM20.00 DAN RM35.00 AKAN DIKENA UNTUK MEMBELI STICKER MOTOSIKAL DAN SEWA BAGI TAHUN 2013 SEBELUM PIHAK KAMI MEMBUKA KUNCI MOTOSIKAL ANDA

TIADA STICKER KERETA /LETAK KENDERAAN DILUAR PETAK TEMPAT LETAK KERETA

KAD KELUAR MASUK KENDERAAN ANDA AKAN DISEKAT DAN KENDERAAN ANDA AKAN DIKUNCI DAN DENDA SEBANYAK RM50.00 AKAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUKA KUNCI SEMULA DAN KAD AKAN DIAKTIFKAN SEMULA SEKIRANYA ANDA TELAH MEMPUNYAI STICKER. SEKIRANYA KENDERAAN ANDA DIKUNCI , SILA DATANG KE PEJABAT  DALAM WAKTU PEJABAT DIBUKA SAHAJA ATAU KE KAUNTER TINGKAT 2 DARI PUKUL 7 PAGI KE 7 MALAM SAHAJA UNTUK MENJELASKAN DENDA ANDA. 

TEMPOH DIBERIKAN UNTUK ANDA MEMBELI STICKER KENDERAAN ADALAH SEHINGGA 11 HB APRIL 2014. SELEPAS ITU PERLAKSANAAN KUNCI KENDERAAN AKAN DILAKUKAN.

UNTUK MENGELAKKAN SEGALA KESULITAN SILA PATUHI SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DI PANGSAPURI INI.

 KESELESAAN PENDUDUK ADALAH KEUTAMAAN KAMI, JADI KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT-AMAT KAMI HARGAI.

SEKIAN TERIMA KASIH

            BADAN PENGURUSAN BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN SURIA AVENUE
MANAGEMENT OFFICE,
Tingkat 4, Pangsapuri Suria Avenue,
Sekyen 16, 40200 Shah Alam Selangor. Tel/Fax : 03-55110818

BADAN PENGURUSAN BERSAMA “PERBADANAN PENGURUSAN SURIA  AVENUE”
    Ref   no    :
 BPBPPSA/Memo/0114
FROM
PEJABAT PENGURUSAN BPBPPSA
To : Mr/Mrs
SEMUA PENDUDUK SURIA AVENUE
Date:
08HB MAC 2014
Unit No :

Re:
BUKU UNDANG-UNDANG SURIA AVENUE
UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENDUDUK, BUKU’HOUSE RULE SURIA AVENUE’ TELAH SIAP DICETAK. SEMUA PENDUDUK DIMINTA UNTUK DATANG KE PEJABAT PENGURUSAN PADA WAKTU PEJABAT UNTUK MENGAMBIL BUKU TERSEBUT UNTUK PANDUAN TERPERINCI PENDUDUK.  PIHAK KAMI AKAN MEMPERKUAT KUASA KAN UNDANG-UNDANG BANGUNAN SURIA AVENUE BERMULA PADA 1HB APRIL 2014.
SALAH SATU UNDANG-UNDANG TERSEBUT DAN TELAH DIPERSETUJUAI DAN DILULUSKAN OLEH PIHAK COB-MBSA IALAH SESIAPA YANG TIDAK MENJELASKAN YURAN PENYELENGGARAAN MELEBIHI DARI 3 BULAN SECARA BERTURUT-TURUT PIHAK PENGURUSAN BERHAK UNTUK MENGHALANG PENGHUNI DARI MENGUNAKAN KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA DAN MOTOSIKAL DI TINGKAT 2 DAN 3.
SEKIAN TERIMA KASIH,

BADAN PENGURUSAN BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN SURIA AVENUE.

Friday, 18 April 2014

Gerak Advokasi Denggi Shah Alam, MBSA
Tarikh : 20 April 2014, Ahad
Masa : 7.30 - 12.00 tengahari
Tempat : Seluruh Bangunan Suria Avenue

Tentatif program:
7.30 pagi  : Berkumpul di Dataran Mayang, Seksyen 16
                  Pengagihan baju kepada yang hadir
                  Makan pagi (disediakan oleh penganjur)
8.00 pagi  : Taklimat oleh Tuan Haji Jamil, Pengerusi MPP Zon 5
8.30 pagi   : Bergerak ke kawasan masing-masing (Suria Avenue)
11.00 pagi : Program dijangka tamat
                   Berkumpul di Dataran Mayang
                   Makan tengahari (disediakan oleh penganjur)
                   Majlis tamat. Bersurai.

Semua penduduk Suria Anemue dijemput sama-sama menghadiri program yang dilaksanakan. T-shirt disediakan oleh pihak MBSA berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk aedes & demam denggi.


















Monday, 14 April 2014


Monday, 3 March 2014

RM0.00 MBSA: Pengurangan 80% kompaun dari 1-31Mac 2014. Semak dan bayar kompaun anda di www.mbsa.gov.my @ tel 03-55222882. Mohon sebarkan berita baik ini.TK.

Monday, 24 February 2014

As salam/salam sejahtera

AGM 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu 2 Februari 2014 lalu. Pihak JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang mengambil bahagian. Walaupun jumlah kehadiran tidak ramai, banyak persoalan, cadangan dan pendapat telah dikemukakan untuk kebaikan bersama. 

Pihak JMB akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan segala cadangan yang diutarakan oleh penduduk. Butir-butir hasil perbincangan akan dimaklumkan didalam blog ini sedikit masa lagi

sekian

Sunday, 9 February 2014


Monday, 6 January 2014


 
Bersempena dengan Karnival Safari Karangkraf yang akan berlangsung pada 7 – 9 Februari 2014, pihak CSR & Yayasan Nur Karangkraf akan bekerjasama untuk menjalankan projek JUMBLE SALE’ pada tarikh tersebut. Oleh itu, kami memerlukan sumbangan dari anda semua untuk mendermakan apa sahaja barangan yang tidak diperlukan oleh anda lagi. Jom TURUN kan barangan yang tidak diperlukan lagi.

 

Antara contoh barangan yang boleh di TURUN kan kepada kami adalah:

 

1)    Pakaian Dewasa/Kanak-Kanak

2)    Perkakas Rumah

3)    Alatan Elektrik

4)    Beg Tangan/Beg Sekolah/Beg Kembara/etc

5)    Patung Haiwan Comel

6)    Dan lain-lain yang difikirkan logik

 

*Setiap barangan hendaklah elok dan masih boleh digunakan

 

 

Seperti yang anda ketahui, segala hasil yang diperolehi 100% akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan,anak yatim,orang tua dan juga persatuan OKU.

 

Barangan anda boleh di TURUN kan ke Jabatan CSR di bangunan lama berdekatan Jabatan Sumber Manusia (HR) selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Januari 2014. Ada kemusykilan? Hubungi kami di talian 03-5101 3342/3343. Kami sedia melayani anda.

 

Terima Kasih

 

Regards,

 

Faris Ismail

Executive

Corporate Social Responsibility (CSR)

 

Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd

Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5

Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Off: 03 - 5101 3342   Fax : 03-51017333

h/p: 018-287 0793